Sunday, September 22, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiduri anjur kempen derma darah 25 September

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Kumpulan Bank Baiduri terdiri daripada Program Perantisan Siswazah Bank Baiduri (GAP) akan menganjurkan kempen derma darah tahunannya dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    Kempen yang dibukakan kepada orang ramai itu akan berlangsung pada 25 September dalam dua sesi iaitu dari jam 9 hingga 11 pagi, dan jam 2 hingga 4 petang, di Ruang Komuniti Baiduri, Ibu Pejabat Bank Baiduri.

    Sejak 2009, kempen itu telah menjadi bahagian penting dalam usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan Baiduri Bank.

    Menerusi tema kempen tahun ini, Membina Talian Hayat Bersama, bertujuan untuk menambah bekalan darah di tabung darah negara, di samping menonjolkan kepentingan usaha kerjasama dalam menyokong sistem penjagaan kesihatan negara.

    Selain itu, para peserta juga akan berpeluang untuk meneroka pelbagai produk daripada peniaga tempatan antaranya Erti Kafe, Comfort Greens, Leaves and Loaves, termasuk organisasi amal tempatan SMARTER.

    Sehubungan itu, para penderma yang layak digalakkan untuk mengambil bahagian dan mendaftar sama ada melalui aplikasi BloodKad atau secara walk-in.

    Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda