Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Baiduri menang dua anugerah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Bank Baiduri melakar pencapaian penting dengan memenangi anugerah Penglibatan Pekerja Terbaik Brunei Tahun Ini Perbankan kerana pendekatannya yang berkesan dan komprehensif terhadap penglibatan dan pembangunan pekerja yang mampan dan Eksekutif Brunei Tahun Ini Perbankan yang dianugerahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Baiduri, Ti Eng Hui pada majlis Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Asia yang berprestij baru-baru ini.

    Majlis yang julung kali diadakan di Bangkok, Thailand itu dihoskan oleh Asian Business Review oleh Charlton Media Group, sebuah majalah serantau yang berkhidmat untuk komuniti perniagaan dinamik Asia. Anugerah tersebut mengiktiraf organisasi dan pemimpin yang mempamerkan prestasi cemerlang dan kepimpinan berwawasan dalam pelbagai domain, termasuk program penglibatan pekerja, kepelbagaian dan projek rangkuman serta inisiatif kesihatan dan kesejahteraan.

    Menurut kenyataan yang diterima daripada Bank Baiduri, kemenangan anugerah Penglibatan Pekerja Terbaik Brunei Perbankan menyerlahkan komitmen Baiduri untuk mewujudkan persekitaran kerja yang menyokong, mengiktiraf pendekatan inovatif bank terhadap pembangunan insan, ganjaran yang dipertingkatkan serta sokongan kesejahteraan holistik.

    Selain itu, komitmen bank untuk memupuk budaya inklusif dan menarik telah membawa kepada skor penglibatan pekerja yang luar biasa, mengatasi penanda aras global. Manakala pendekatan proaktif dalam kebajikan dan pembangunan pekerja telah menjadi pemacu utama dalam kejayaan operasi bank.

    Anugerah Eksekutif Brunei Tahun Ini Perbankan mengiktiraf peranan penting Ti Eng Hui dalam mengemudi Bank Baiduri ke tahap yang lebih tinggi. Kepimpinan dan tumpuan strategik beliau terhadap inovasi digital, pembangunan insan dan amalan perbankan mampan telah menjadi kunci dalam menempatkan Bank Baiduri di barisan hadapan dalam industri.

    Jawatankuasa anugerah memuji pencapaian Baiduri, berkata, “Dalam mengemudi dinamik peralihan industri perbankan, Bank Baiduri secara konsisten mengutamakan kesejahteraan dan pertumbuhan profesional pekerjanya. Inisiatif penglibatannya berakar umbi dalam visi jangka panjang yang menyediakan tenaga kerja untuk tuntutan masa depan, memupuk budaya kebolehsuaian dan penambahbaikan berterusan di bawah kepimpinan Ti Eng Hui sebagai CEO.”

    Ti Eng Hui dalam ucapannya berkata, “Anugerah ini adalah satu pengiktirafan terhadap kerja keras dan dedikasi pasukan kami. Anugerah Penglibatan Pekerja Terbaik Brunei Tahun Ini Perbankan amat bermakna, kerana ia mencerminkan komitmen kami untuk memupuk dan membangunkan pasukan kami. Saya berterima kasih kepada semua kakitangan kami atas usaha berterusan dan dedikasi mereka dalam menjadikan Bank Baiduri sebagai institusi kewangan yang cemerlang pada hari ini.”

    Ti Eng Hui memenangi anugerah Eksekutif Brunei Tahun Ini – Perbankan pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    Bank Baiduri menerima anugerah Penglibatan Pekerja Terbaik Brunei Tahun Ini – Perbankan pada majlis yang berlangsung di Bangkok, Thailand, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...