Monday, September 30, 2024
33.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiduri umum waktu operasi baharu

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Bank Baiduri telah me-ngumumkan semakan terhadap waktu operasi bagi semua cawangannya, termasuk cawangan di bawah anak syarikatnya, Baiduri Finance dan Baiduri Capital, yang akan berkuat kuasa mulai esok.

    Kesemua cawangan Bank Baiduri dan Baiduri Finance akan beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 3:30 petang, Isnin hingga Khamis.

    Pada hari Jumaat, operasi akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari, diikuti
    dari 2 petang hingga 3:30 petang, manakala pada hari Sabtu, operasi akan berjalan
    dari pukul 9 pagi hingga 11:30 pagi.

    Baiduri Capital pula akan beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Khamis.

    Pada hari Jumaat, operasi akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari 2 petang hingga 3:30 petang, dengan waktu tutup diawalkan sejam pada pukul 4 petang.

    Pelanggan digalakkan untuk memanfaatkan kemudahan mesin juruwang automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM), serta perkhidmatan digital seperti Baiduri b.Digital Personal and Business, Baiduri Finance Mobile App dan Baiduri Invest.

    Untuk maklumat lanjut me-ngenai waktu operasi terkini, sila layari laman web rasmi di www.baiduri.com atau hubungi Talian Bantuan Pelanggan 24 Jam di 244 9666.

    GAMBAR SERAHAN BAIDURI

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda