Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Baiduri, Visa dan RB tawar peluang emas ke Sukan Olimpik Paris

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Bank Baiduri telah mengumumkan promosi terbaharunya dengan kerjasama Visa, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB), menawarkan pelanggan peluang untuk memenangi perjalanan yang tidak dapat dilupakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, bank berkenaan menyatakan bahawa promosi ditetapkan bermula esok hingga penghujung Mei dan eksklusif untuk pemegang kad Visa RB oleh Baiduri Bank.

    Dengan membuat pembelian jumlah minimum dalam satu transaksi menggunakan kad kredit atau debit Visa RB, pemegang kad akan menerima satu penyertaan ke dalam cabutan bertuah untuk perbelanjaan dalam negara dan tiga penyertaan untuk perbelanjaan di luar negara.

    Dua pemenang akan memenangi pakej perjalanan ke Sukan Olimpik Paris 2024 untuk dua orang dewasa yang termasuk dua tiket penerbangan pergi balik dari Brunei ke Paris, pengangkutan lapangan terbang/stesen kereta api di Paris melalui Motorcoach, penginapan lima hari empat malam di The Hoxton, Paris, termasuk sarapan pagi dan snek ringan setiap hari, Kad Metro Paris untuk pengangkutan ke/dari acara Olimpik, pas pelancong Paris, produk Visa Prabayar bernilai AS$400, hadiah atau kemudahan bernilai AS$400, Visa Everywhere Lounge di hotel; acara, kakitangan sokongan perubatan dan keselamatan Visa serta set bagasi dan AirTag.

    Manakala, pemenang ketiga akan memenangi perjalanan ke London untuk dua orang termasuk tiket penerbangan pergi balik dari Brunei ke London dan baucar penginapan.

    GAMBAR FAIL MEDIA PERMATA

    Pemohon baharu yang berjaya mendaftar untuk Kad Kredit Visa Infinite RB atau Kad Kredit Visa Platinum RB akan menerima pengecualian yuran tahunan selama empat tahun dan 3,000 batu Royal Skies.

    Mereka yang berjaya memohon pemindahan baki kad kredit akan menerima tambahan 1,000 batu Royal Skies. Sementara itu, pemohon baharu untuk Kad Debit Visa Platinum RB akan menerima pengecualian yuran tahunan selama empat tahun.

    Ketua Perbankan Runcit, Lim Kian Chiong dipetik berkata, “Kami teruja untuk bekerjasama dengan rakan kongsi yang luar biasa untuk menawarkan pemegang kad kami yang dihargai peluang menyaksikan Sukan Olimpik Paris 2024.

    “Perkongsian ini mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan pengalaman yang bermanfaat dan mencipta peluang unik untuk pelanggan kami. Ini cara kami untuk menyatakan terima kasih kepada pelanggan setia kami dan meningkatkan pengalaman perbankan keseluruhan mereka,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...