Saturday, May 18, 2024
31.2 C
Brunei

    -

    Bali cadang pelancong asing dapatkan vaksin demam denggi

    JAKARTA, 21 APRIL – Kerajaan wilayah di Bali menggesa pelancong asing di pulau peranginan itu untuk mendapatkan suntikan denggi memandangkan peningkatan kes demam denggi di negara itu semakin tinggi.

    Pemangku Ketua Pencegahan dan Kawalan Penyakit (P2P) Agensi Kesihatan Bali, Gusti Ayu Raka Susanti berkata kelmarin bahawa, vaksin denggi belum lagi diwajibkan tetapi pelancong dinasihatkan untuk mendapatkan suntikan hanya untuk memastikan mereka kekal sihat semasa dalam perjalanan, terutamanya apabila mereka memasuki kawasan
    endemik.

    “Vaksinasi demam denggi amat disarankan, bukan sahaja untuk pelancong, tetapi juga semua rakyat Bali, supaya mereka dapat melindungi diri daripada jangkitan denggi,” katanya dalam media tempatan.

    Kebimbangan terhadap demam tinggi denggi di Bali timbul berikutan peningkatan kadar kes di seluruh Indonesia.

    Walaupun Bali tidak mempunyai sebarang data khusus mengenai jumlah pelancong yang terdedah kepada demam denggi, kadar keseluruhan di wilayah itu agak tinggi, dengan jumlah 4,177 kes dan lima kematian dari Januari hingga April dalam tahun ini. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...