Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bot karam di Afrika, ragut 58 jiwa

    BANGUI, 21 APRIL – Sekurang-kurangnya 58 orang yang dalam perjalanan ke tempat pengebumian, terkorban selepas bot mereka yang sarat dengan muatan terbalik di ibu negara Republik Afrika Tengah Bangui, kata ketua perlindungan awam, kelmarin.

    “Kami dapat mengeluarkan 58 mayat tidak bernyawa,” kata Thomas Djimasse kepada radio Guira. “Kami tidak tahu jumlah keseluruhan orang yang berada di bawah air.

    Menurut saksi dan video di media sosial, bot kayu itu membawa lebih 300 orang, di mana ketika kejadian ada yang berdiri dan yang lain bertenggek di atas struktur kayu ketika ia karam di sungai Mpoko Jumaat lalu.

    Bot itu sedang menuju ke pengebumian ketua kampung di Makolo, kira-kira 45 kilometer dari Bangui, tetapi mengalami kesukaran sejurus selepas berlepas dari jeti.

    Pasukan penyelamat tiba 40 minit selepas kejadian itu.

    Kerajaan tidak bertindak balas kelmarin tetapi dalam ucapan yang dirakamkan pada Jumaat dan disiarkan sehari kemudian, jurucakap kerajaan, Maxime Balalou, telah melaporkan ‘jumlah sementara sekurang-kurangnya 30 orang mati.’

    Kerajaan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga yang terkorban, katanya, mengumumkan akan menjalankan siasatan dan penubuhan sistem sokongan untuk keluarga mangsa.

    Maurice Kapenya yang mengekori bot menaiki sampan berkata, kakaknya sendiri adalah antara mayat mangsa yang ditemuinya.

    Dia dibantu oleh nelayan tempatan dan penduduk. Sementara itu, teksi motosikal memindahkan beberapa mangsa yang cedera. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...