Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    BAM ambil khidmat Muhammad Miftakh

    KUALA LUMPUR, 2 FEB – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan bekas penolong jurulatih beregu lelaki di India, Muhammad Miftakh, dilantik sebagai penolong jurulatih beregu wanita Malaysia.

    Pelantikan Muhammad yang juga pemain kebangsaan Indonesia itu, bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan Lee Meng Yean, berkuatkuasa mulai semalam.

    Menerusi satu hantaran video di Facebook BAM, beliau memaklumkan pelantikannya dicadangkan oleh Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, berdasarkan pengalaman luasnya dalam barisan kejurulatihan India selama 10 tahun.

    “Rexy yang uruskan saya untuk masuk ke dalam BAM dan bergabung bersama ketua jurulatih, Hoon Thien How.

    “Perbincangan itu sudah mula Disember lalu berkenaan masalah kontrak dan lain-lain.

    “Kerjasama dan komunikasi bersama Thien How untuk dua hari ini sangat bagus. Kalau di beregu wanita ini, cara bermain rali panjang, jadi kita memerlukan ketahanan fizik dan minda yang baik untuk menjadi juara buat Malaysia,” katanya.

    Muhammad menjadi antara watak penting di sebalik kejayaan skuad badminton India mencipta sejarah menjulang Piala Thomas buat kali pertama pada 2022. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...