Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tujuh ditahan jual maklumat kepada agensi perisik Mossad

    ISTANBUL, 2 FEB – Polis Turkiye menahan tujuh individu hari ini kerana disyaki menjual maklumat kepada perkhidmatan perisikan Israel, Mossad, kata agensi berita Anadolu.

    Suspek, yang didakwa memberikan butiran kepada Mossad melalui detektif persendirian, telah ditahan dalam operasi bersama Pertubuhan Perisikan Kebangsaan Turkiye, atau MIT.

    Bertindak atas waran yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendakwa Raya Istanbul, pegawai polis cawangan antikeganasan dan risikan melakukan serbuan di Istanbul dan bandar pantai barat Izmir, lapor Anadolu.

    Dua lagi suspek dalam siasatan itu dipercayai telah ditahan sebelum ini.

    Bulan lalu, 34 orang telah ditahan oleh polis Turkiye kerana disyaki mengintip untuk Israel.

    Gambar Freepik

    Mereka dituduh merancang menjalankan aktiviti termasuk pengintipan dan ‘memburu, menyerang dan menculik’ warga asing yang tinggal di Turkiye.

    Pada masa itu, Menteri Kehakiman, Yilmaz Tunc berkata kebanyakan suspek didakwa melakukan ‘pengintipan politik atau ketenteraan’ bagi pihak perisikan Israel.

    Mossad dikatakan telah merekrut warga Palestin dan Syria di Turkiye sebagai sebahagian daripada operasi ke atas warga asing yang tinggal di Turkiye.

    Berikutan penahanan pada 2 Januari, Anadolu memetik dokumen pendakwaan sebagai berkata operasi itu menyasarkan ‘warga Palestin dan keluarga mereka dalam skop konflik Israel-Palestin yang sedang berlaku.’

    Ketua agensi keselamatan domestik Israel, Shin Bet berkata pada bulan Disember bahawa organisasinya bersedia untuk menyasarkan Hamas di mana-mana sahaja, termasuk di Lubnan, Turkiye dan Qatar.

    Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberikan amaran kepada Israel tentang kesan serius jika Israel meneruskan ancamannya untuk menyerang pegawai Hamas di bumi Turkiye. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...