Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bandar baru Palestin lebih menarik, mewah

    RAWABI, Wilayah Palestin – Dengan suasana jalan yang luas, pusat membeli-belah yang tersergam indah dan sebuah amfiteater gaya Rom, bandar baru Rawabi, Palestin, yang baru dibina ini adalah satu kemuncak impian selama puluhan tahun lamanya bagi pemaju Bashar al-Masri.

    Ahli perniagaan Palestin-Amerika ini telah berusaha untuk menghalang cabaran Israel, dengan pembinaan hartanah bernilai AS$1.4 bilion di kawasan Tebing Barat menjadi realiti – tetapi kini dia berharap ia akan menjadi ‘lampu isyarat’ dalam usaha kenegaraannya itu.

    Setakat ini hanya kira-kira 3,000 orang tinggal di barisan blok menara berwarna kuning air itu yang mana dibina di kawasan bukit tandus di utara Ramallah hampir sedekad yang lalu. Ia adalah bandar raya pertama yang dibina dan dirancang oleh rakyat Palestin di wilayah itu.

    Pembinaan masih diteruskan dan beberapa jalannya masih dalam keadaan sunyi, namun berharap ia akan menarik 40,000 orang di bandar perumahan itu.

    “Rawabi, pada empat atau lima bulan yang lalu, telah menjadi destinasi untuk semua warga Palestin,” kata Masri, 56, semasa berada si salah sebuah kafe di pusat membeli-belah baru di bandar itu.

    Pemaju telah menjadikan kawasan lereng bukit yang kosong kepada sebuah bandar raya yang dipenuhi kedai-kedai dan kafe-kafe menarik. – AFP
    Setakat ini hanya 3,000 orang tinggal di barisan blok menara berwarna kuning air itu di bandar baru Rawabi. – AFP
    Projek Rawabi juga termasukbagi pembinaan perumahan sekurang-kurangnya untuk 25,000 penduduk dan mungkin mencapai sehingga 40,000 penduduk. – AFP

    “Setiap bulan, sekurang-kurangnya 100,000 rakyat Palestin mengunjunginya dan merasa kagum.”

    Perumahan simetri dan perancangan rapi di Rawabi – yang bermaksud bukit-bukit dalam bahasa Arabnya – telah dikatakan sebahagian orang menyerupai penempatan Israel yang mana kebanyakan warga Palestin tidak dibenarkan melawatnya, berbanding dengan bandar lainnya di wilayah yang diduduki.

    Ia turut membina sebuah pusat sukan ekstrem dan amfiteater yang mempunyai 15,000 tempat duduk, disertakan gambar-gambar gergasi bintang hiburan Arab dan Barat, sementara sebuah pawagam juga bakal dibina.

    Reka bentuk dan kemudahan mewah di bandar itu telah mencetuskan kritikan kerana ia hanya akan memenuhi permintaan golongan elit dan tidak dijangkau bagi kawasan berpendudukan miskin di mana tahap pengangguran adalah berleluasa.

    Tetapi Masri menegaskan bahawa terdapatnya permintaan dan mengatakan rakyat Palestin sendiri akan menentukan sama ada projeknya akan berjaya.

    “Saya tidak tahu siapa yang memutuskan dengan apa yang dikehendaki oleh rakyat Palestin. Adakah penaklukan? Dunia? Kami sendiri akan memutuskan apa yang kami mahu dan tidak semua daripada kami yang mahukan perkara yang sama berlaku,” tegasnya.

    “Rakyat Palestin berhak mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Kita tidak boleh ditindas kerana kita hidup di bawah penaklukan.”

    Kemudahan mewah yang ada di sana termasuklah sebuah amfiteater yang berkapasiti 15,000 tempat duduk, yang telah mencetuskan kritikan dan dikatakan hanya golongan elit yang mampu memenuhi tempat itu. – AFP

    Bagi rakyat Palestin yang ingin untuk menyaksikannya, bandar itu menawarkan visi kehidupan pada masa hadapan di wilayah mereka yang mengalami pergolakan.

    Saed Abu Fkheida dan isterinya kelihatan membeli-belah di kedai berjenama antarabangsa seperti Max Mara, Juicy Couture, Armani Jeans dan Lacoste di pusat membeli-belah Q Centre, dibina seperti yang terdapat di bandar lainnya dengan bantuan dana dari Qatar.

    Walaupun kebanyakan kedai masih belum diisi sepenuhnya dalam beberapa enam bulan selepas kompleks membeli-belah dibuka, dia begitu kagum dengan kemudahan yang ada dan tidak seperti di kawasan lain di Tebing Barat.

    “Semuanya boleh didapati di satu tempat. Ada pakaian, mainan,” katanya. “Di Ramallah, anda perlu melawat beberapa tempat untuk mencari apa yang anda cari.”

    Penduduk pertama yang telah berpindah ke Rawabi adalah pada tahun 2015. Harga rumah pangsa di sana bernilai dari AS$70,000 hingga AS$180,000.

    Mereka yang beruntung pasti akan membeli tempat itu – kebanyakannya dari rakyat Palestin yang bekerja di negara-negara Teluk mahupun Arab Israelis – dan mengatakan bahawa mereka kini merasa seperti berada di rumah.

    Fatimah Nazzal mengakui perkembangan itu dapat dirasakan apabila dia berpindah bersama suaminya, Iyad dan tiga anak perempuannya selepas pulang dari Arab Saudi – tetapi keluarga itu kini mengatakan bahawa standard kehidupan itu sesuai dengan apa yang mereka alami di luar negara. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda