Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Bangunan kosong cemar pemandangan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Dalam usaha menangani isu bangunan kerajaan kosong dan usang yang boleh mencemarkan pandangan di kawasan bandar, satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menangani bangunan-bangunan kerajaan tersebut.
     
    Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid telah mengongsikan beberapa usaha dan langkah jawatankuasa dalam menangani bangunan kerajaan yang kosong pada hari kelima Persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) ke-20 di Bangunan Dewan Majlis hari ini.
     
    Perkara ini dikongsikan oleh Yang Berhormat Dato semasa memberikan respons kepada perkara yang telah ditimbulkan oleh ahli MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman mengenai dengan bangunan kerajaan yang kosong.
     
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda seterusnya menjelaskan, dalam perkiraan terdapat 5,639 bangunan kerajaan dan tidak kurang seribu daripada bangunan itu sudah kosong.
     
    Manakala daripada penilaian dan pertimbangan jawatankuasa setakat ini, sebanyak 639 bangunan kerajaan yang kosong telah pun dirobohkan dan pada masa ini, sebanyak 213 buah bangunan sedang dalam penelitian sama ada ianya masih utuh untuk dibaik pulih atau sebaliknya untuk di roboh.
     
    “Selain mengongsikan bangunan kerajaan yang telah lama dan usang serta tidak lagi sesuai untuk digunakan, terdapat juga bangunan ataupun kedai yang sudah lama terbiar turut dirobohkan pada tahun 2023,” jelasnya.
     
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda mengongsikan beberapa usaha dan langkah jawatankuasa semasa hari kelima Persidangan MMN ke-20. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...