Sunday, May 19, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Talian kebajikan JAPEM beri perkhidmatan efisien

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama dengan agensi-agensi berkenaan sudah setentunya memberikan bantuan-bantuan yang diperlukan di mana salah satu tatacara yang disediakan adalah dengan menyediakan talian Helpline Kebajikan 141 oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

    Talian berkenaan bertujuan untuk memberikan ruang perkhidmatan yang lebih baik dan efisien serta bantuan kepada klien-klien atau pelanggan-pelanggan yang bermasalah khususnya dalam kes-kes penderaan, pengabaian, perlindungan eksploitasi, khidmat nasihat, masalah-masalah keluarga termasuklah isu-isu yang melibatkan hal-hal keperluan makanan dan juga permohonan bantuan segera kewangan bagi keluarga yang miskin.

    Perkara berkenaan dijelaskan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad bagi menjawab cadangan dan nasihat yang diajukan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman berkaitan keperluan tindakan bantuan segera kewangan bagi keluarga yang miskin seperti tiada duit untuk keperluan belanja dapur, tempat tinggal dan membaiki rumah, tempat tinggal yang tidak selamat yakni yang hampir runtuh, senget dan sebagainya.

    Dalam pada itu, Yang Berhormat Dato menambah, keperluan tempat tinggal dan membaiki rumah adalah beberapa perkara yang sering diterima oleh KKBS melalui JAPEM, dan ianya ditangani dengan jawatankuasa-jawatankuasa yang telahpun sudah diadakan untuk meneliti permohonan-permohonan seperti ini. Namun demikian, ada keperluan yang mendadak dari segi keperluan perumahan, bantuan kewangan, bantuan makanan, ianya tetap disediakan.

    “Sebagai contoh, apabila mangsa-mangsa terlibat dalam kebakaran atau rumah roboh, tempat tinggal yang alternatif disediakan dengan seberapa segera di tempat-tempat yang dipanggil rumah tumpangan ataupun rumah sementara. Bantuan-bantuan kewangan akan segera dihulurkan kepada mangsa-mangsa yang memerlukan bantuan seperti ini. Dalam pada itu bantuan makanan secara ration juga disediakan kepada mangsa-mangsa yang memerlukan bantuan seperti ini,” ujarnya.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi semasa hari kelima Persidangan MMN ke-20 yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...