Monday, May 6, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Kempen bersih kubur menjelang Ramadan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Wasan telah mengadakan kempen membersihkan tanah perkuburan Bukit Lakang, Luagan Kudong dan Rangu, kelmarin.

    Kempen kebersihan yang diadakan secara serentak di tiga buah tanah perkuburan Islam itu diketuai oleh Pemangku Ketua Kampung Panchor Murai dan Wasan, Haji Mohd Zin bin Ghani dan bacaan tahlil dan Doa Arwah dibacakan oleh Haji Jabar bin Haji Majid.

    Tiga tanah perkuburan Islam tersebut ialah Tanah Perkuburan Islam Bukit Lakang di Kampung Batang Perhentian Wasan, Tanah Perkuburan Islam Luagan Kudong di Kampung Wasan dan Tanah Perkuburan Islam Rangu di Kampung Wasan.

    Kempen berkenaan dilaksanakan setiap tahun sebelum menjelang bulan Ramadan bagi tujuan menyatupadukan penduduk kampung ke arah aktiviti sihat dan salah satu aktiviti keagamaan MPK berkenaan.

    Aktiviti gotong-royong membersihkan tanah perkuburan Islam di tiga buah lokasi yang menjadi tumpuan MPK Wasan. – GAMBAR SERAHAN MPK WASAN
    Mereka yang menyertai kempen bersih tanah perkuburan bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN MPK WASAN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemantau sekatan akan gagal – Duta PBB Korea Utara

    PYONGYANG, 5 MEI - Duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata usaha untuk menubuhkan panel baharu bagi memantau sekatan terhadap negaranya akan...