Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Gempa berukuran 5.1 landa selatan Istanbul

    ISTANBUL, 4 DIS – Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter melanda selatan Istanbul hari ini, menggegarkan bahagian bandar terbesar di Turkiye, namun tiada sebarang kerosakan harta dan mangsa cedera dilaporkan serta-merta.

    Pusat gempa bumi itu terletak di Teluk Gemlik di Laut Marmara, kira-kira 60 kilometer dari selatan Istanbul, berhampiran bandar Bursa, menurut laporan Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye.

    Wartawan AFP merasakan gegaran di kedua-dua bahagian Istanbul iaitu di benua Asia dan Eropah, dengan imej televisyen menunjukkan orang ramai berjalan keluar di jalanan untuk menyelamatkan diri.

    Bandar yang mempunyai penduduk paling ramai di Turkiye itu terletak berhampiran Gelinciran Anatolia Utara, salah satu sesar paling aktif di dunia.

    Gempa bumi berukuran 7.6 magnitud dengan pusat gempa di pinggir timur bandar itu mengorbankan lebih 17,000 orang pada 1999.

    Bilangan penduduk Istanbul telah meningkat dua kali ganda sejak itu, kepada 16 juta orang.

    Dua gempa bumi besar meragut lebih 50,000 orang di tenggara Turkiye pada Februari, merosakkan atau memusnahkan puluhan ribu bangunan di beberapa bandar. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...