Saturday, November 30, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara

    JAKARTA, 29 NOV – Hujan berterusan selama seminggu menyebabkan beberapa siri banjir dan tanah runtuh di seluruh wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut dan mendorong pegawai tempatan untuk mendapatkan pengisytiharan darurat bencana, kata pihak berkuasa hari ini menurut agensi berita Jerman dpa.

    Tuahta Ramajaya Saragih, ketua Agensi Pengurusan Bencana Sumatera Utara, berkata pihaknya telah mengemukakan permintaan untuk mengisytiharkan status kecemasan bencana kepada gabenor wilayah.

    Status yang dicadangkan, yang dilanjutkan hingga Disember, akan mempercepatkan pengagihan bantuan dan menggerakkan sumber negara untuk membantu ribuan penduduk yang dipindahkan. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda