Sunday, October 20, 2024
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu polis cari dua pekerja lari

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JAN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua pekerja warga Indonesia yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong, untuk mengesan seorang pekerja perempuan, Ira Paesa yang berusia 30 tahun dengan nombor pasport, E0186821.

    Manakala satu laporan juga telah dibuat di Balai Polis Muara, untuk mengesan pekerja lelaki iaitu Sujatmiko, berusia 49 tahun dengan nombor pasport, C8306831.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki dan perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong di talian 2661334, Balai Polis Muara di talian 2770140, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Ira Paesa (atas) dan Sujatmiko yang dilaporkan lari daripada majikan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda