YANGON, 23 APRIL – Barangan bantuan kemanusiaan kecemasan kumpulan kelapan yang disalurkan kerajaan China selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, Myanmar, kelmarin.
Barang bantuan kumpulan ini merangkumi 24,600 plak dan 132,000 skru penstabil tulang, 30 unit pek kit peralatan bedah, sejuta botol Penicillin sodium, 400,000 botol pil metronidazole, 90,000 kotak kapsul Cephradine, 300 kotak steril perubatan dan lain-lain.
Sejak Myanmar dilanda gempa bumi bermagnitud 7.9 pada 28 Mac, kerajaan China dengan serta-merta mengumumkan untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan, dan menghantar pasukan penyelamat ke negara itu. Setakat ini, gempa bumi itu mengorbankan 3,757 orang di Myanmar. – Bernama
