Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Cakra Khan tampil dalam konsert solo

    Impian penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan tampil dalam konsert solo yang diiringi orkestra akhirnya tercapai apabila bakal menjayakan Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC) pada 17 Februari tahun depan.

    Penyanyi yang pernah membuat penampilan di pentas uji bakat America’s Got Talent (AGT) 2023 itu jelas tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila konsert berkenaan bakal diiringi 32 pemuzik orkestra di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS.

    Menerusi konsert itu juga, Cakra atau nama sebenarnya, Cakra Konta Paryaman, 31, bakal menghadiahkan peminat di Malaysia dengan dendangan lagu album terbaharu yang akan dinyanyikan secara langsung buat kali pertama.

    “Semestinya konsert kali ini ada kelainan tersendiri kerana ia bakal dijayakan dengan iringan orkestra di bawah pimpinan Ramli, jadi versi kali ini berbeza.

    “Secara kebetulan, saya akan lancarkan album baharu dan semestinya lebih banyak lagu akan dinyanyikan. Selain itu, ada bebebapa kolaborasi juga bersama penyanyi dari Malaysia.

    “Dulu sebelum saya ada konsert sendiri, saya selalu mengimpikan menganjurkan konsert dengan orkestra sebab ia akan lebih hidup. Malah, muzik dan lagu akan kedengaran lebih indah,” katanya pada sidang media Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0, di sebuah restoran, baru-baru ini.

    Pada masa sama, Cakra berkata, dia juga membawakan lagu penyanyi dari Malaysia termasuk menjemput beberapa penyanyi ternama lain untuk membuat persembahan.

    “Sudah pasti saya akan nyanyikan lagu dari Malaysia sebab ada beberapa lagu yang saya suka, malah perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada penganjur,” katanya. – Agensi

    Cakra akan mendendangkan lagu penyanyi dari Malaysia termasuk menjemput beberapa penyanyi ternama lain mengadakan persembahan bersama. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...