Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bapa mengaku bersalah abai 4 anak ditinggal di pondok pengawal

    IPOH, 1 DIS – Bapa kepada empat beradik yang ditinggalkan di pondok pengawal minggu lepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Ipoh hari ini atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu.

    Kamarul Kamil Abd Rifin, 33, didakwa melakukan pengabaian terhadap empat anaknya berusia antara 10 bulan hingga 11 tahun di hadapan Kompleks Pejabat dan Kuarters Kerajaan di Kampung Gajah pada 10:44 pagi, 23 November lepas.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 33 (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

    Individu yang disabitkan atas kesalahan di bawah subseksyen itu juga boleh diperintahkan melaksanakan khidmat masyarakat tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan oleh mahkamah.

    Hakim Azizah Ahmad menetapkan 6 Februari untuk menjatuhkan hukuman bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

    Timbalan Pendakwa Raya Evangelin Simon Silvaraj tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas Kamarul Kamil.

    Pada Isnin lepas, polis menahan ibu bapa kanak-kanak berkenaan dalam tangkapan berasingan selepas menerima laporan mengenai kejadian itu daripada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kampung Gajah.

    Kejadian itu membabitkan dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan tiga tahun, bayi lelaki berusia 10 bulan dan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

    Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah dilaporkan berkata berdasarkan keterangan, adik-beradik malang itu dipercayai ditinggalkan oleh seorang wanita tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta. – Bernama

    Kamarul Kamil Abd Rifin, 33, (kanan) bapa kepada empat beradik yang ditinggalkan di pondok pengawal minggu lepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...