Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Barisan panjang di dua sempadan

    Oleh Azlan Othman –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 FEB – Rakyat Brunei memanfaatkan hujung minggu yang panjang berikutan dua cuti umum iaitu Sambutan Israk dan Mikraj pada hari ini dan Tahun Baharu Cina pada Sabtu ini untuk menyeberangi sempadan ke Miri, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

    Ini dapat disaksikan dengan barisan kereta yang panjang cecah rekod di Pos Kawalan Sungai Tujoh dan Labu hari ini.

    Seorang penduduk yang kerap menyeberangi sempadan, Haji Abdul Rahim yang menuju ke Kota Kinabalu berkata mereka mengambil masa tiga jam ke Pos Kawalan Labu di Temburong dan lebih tiga jam lagi untuk melalui Pos Imigresen Sindumin-Merapok di Sabah.

    “Biasanya kami tiba di Kota Kinabalu dalam masa empat setengah jam dari Bangar, Temburong. Tetapi hari ini kami masih beratur walaupun bertolak dari ibu kota pada pukul 6 pagi. Kami hanya sampai ke pusat beli-belah Imago yang popular di Kota Kinabalu pada pukul 4 petang selepas 10 jam perjalanan,” katanya.

    Sementara itu, situasi serupa turut direkodkan di Pos Kawalan Sungai Tujoh kerana orang ramai turut mengambil kesempatan untuk membeli-belah dengan kadar pertukaran yang menggalakkan, bagi bercuti dan mencuba restoran baharu seperti Nandos yang dibuka hari ini di Bintang Megamall.

    Seorang penduduk, Sahnah berkata pada pukul 8 pagi, barisan beratur sehingga 9 kilometer dan dia mengambil masa hampir lima jam untuk menyeberangi sempadan Sungai Tujoh.

    Penduduk Cina yang bermastautin dan bekerja di negara ini juga mengambil kesempatan pulang ke tanah air bagi menyambut Tahun Baharu Cina bersama keluarga pada Tahun Naga.

    Gambar daripada orang ramai menunjukkan barisan panjang menuju Pos Kawalan Labu.
    Barisan panjang menuju Pos Kawalan Sungai Tujoh, pagi kelmarin.
    Barisan panjang dilihat di jalan menuju Pos Imigresen Sindumin-Merapok di Sabah dan Sarawak, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...