Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Skuad Harimau Malaya di landasan tepat

    KUALA LUMPUR, 29 NOV – Bekas jurulatih bola sepak Malaysia, Datuk K. Rajagobal berpandangan skuad Harimau Malaya berada di landasan tepat, selepas berjaya melakar dua kemenangan pada Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan, baru-baru ini.

    Beliau berkata ia merupakan satu petanda yang positif dalam perkembangan arena bola sepak masa kini, serta berharap para pemain dapat meneruskan prestasi cemerlang mereka untuk pusingan kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia selepas ini.

    “Sebagai bekas jurulatih, kita nak lihat satu pertukaran dalam aspek bola sepak dan segi permainan. Saya fikir ini (kemenangan) menjadi sebuah inspirasi dan motivasi bagi pemain,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media sempena Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabangsa Kelab Diraja Selangor (RSC), Dato’ Chu Ah Nge.

    Harimau Malaya berjaya melakar kemenangan ke atas Kyrgyzstan 4-3 pada 16 November dan Taiwan 1-0 pada 21 November lepas, pada aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

    Dalam pada itu, Rajagobal juga tidak menafikan bahawa anak buah kendalian Kim Pan Gon dilihat lebih berkeyakinan, terutamanya selepas berpeluang berentap dengan pasukan yang mempunyai kekuatan dan ranking yang lebih tinggi. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...