Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    BASMIDA memperingati ulang tahun puja usia

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Persatuan Basmi Dadah Negara Brunei Darussalam (BASMIDA) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran sempena memperingati Ulang Tahun Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini.

    Majlis yang berlangsung di Masrain, ‘Ar-Raiyan’, Jalan Jerudong itu diselajurkan dengan Majlis Khatam Al-Quran bagi ahli-ahli BASMIDA.

    Antara yang hadir ialah Yang Dipertua BASMIDA, Datin Hajah Masni binti Haji Mohd Ali selaku pengerusi majlis dan Naib Yang Dipertua BASMIDA, Hajah Linda Aini binti Abdullah selaku Timbalan Pengerusi majlis.

    Datin Hajah Masni dalam ucapan alu-aluan antara lain menggariskan, bacaan Al-Quran oleh ahli-ahli BASMIDA adalah bagi memanjatkan doa mudah-mudahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan kerabat diraja sentiasa dalam perlindungan Allah.

    Majlis dimulakan dengan bacaan surah Adh-Duha sehingga Surah An-Nas diikuti dengan bacaan Takhtim yang dibacakan oleh peserta khatam manakala doa khatam dipimpin oleh Dayang Azniseryanie binti Haji Isa.

    Bacaan Doa Kesyukuran khas bagi Baginda Raja Isteri telah dibacakan oleh Hajah Asmah binti Paidin manakala Doa Selamatkan Sultan dan Negara Brunei Darussalam telah dibacakan oleh Dayang Norbayu binti Salleh.

    Datin Hajah Masni, Hajah Linda Aini bersama jemputan lain hadir pada majlis kesyukuran sempena memperingati Ulang Tahun Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...