Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Bayar $118,300 atau meringkuk di penjara 31 bulan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Mahkamah Majistret kelmarin telah memerintahkan seorang lelaki tempatan menyelesaikan denda $118,300 selepas dia mengaku bersalah kerana memiliki rokok yang tidak diisytiharkan dan menyeludup minuman keras dalam sebuah bot.

    Jamudin bin Haji Suhaili, 55, perlu menjalani hukuman penjara 31 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

    Pendakwa kastam memaklumkan Majistret Kanan, Azrimah binti Abdul Rahman bahawa defendan telah ditangkap di dalam sebuah bot dengan muatan yang cukup besar iaitu 100 karton rokok pelbagai jenama, 2,784 tin bir dan 696 botol minuman keras pada 1:15 pagi 12 Februari lalu.

    Ia adalah hasil operasi bersama antara pegawai pencegahan kastam dan Polis Marin Pasukan Polis Diraja Brunei dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di perairan Sungai Brunei tidak jauh dari Kampung Mentiri.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...