Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bayern gagal menang gara-gara VAR

    MUNICH, 30 NOV – Bayern Munich terikat seri 0-0 di laman sendiri pada awal pagi tadi, dengan harapan mendapat penalti penentu kemenangan yang dibatalkan oleh VAR pada masa kecederaan.

    Bayern, yang menjaringkan dua gol pada lewat perlawanan untuk bangkit daripada ketinggalan dan menang 2-1 di Denmark pada Oktober, cuba untuk mencari kemenangan pada lewat permainan sekali lagi apabila pengadil memberikan sepakan penalti pada masa tambahan berikutan kesalahan Frans Kraetzig menyentuh bola.

    Selepas semakan VAR menunjukkan sentuhan pada bahagian atas lengan dan bahu, pengadil, Stephanie Frappart menarik balik keputusan penalti itu, walaupun dibantah oleh penyerang Bayern, Harry Kane dan pengurus tuan rumah, Thomas Tuchel.

    Sementara itu, pemain veteran Bayern, Thomas Mueller memberitahu DAZN bahawa keputusan itu tidak konsisten dengan keputusan kontroversi bola tersentuh tangan yang diberikan kepada Newcastle dan Borussia Dortmund dalam perlawanan pada Selasa lalu.

    “Saya tidak berminat soal peraturan, tetapi jika dibandingkan dengan semalam, ia agak pelik.

    “Saya fikir pembuat peraturan mahu mencuba dan membuat keputusan kesalahan menyentuh bola menjadi objektif, tetapi awda tidak boleh melakukannya,” katanya.

    Walaupun Bayern kehilangan mata dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara di laman sendiri buat kali pertama sejak 2018, juara Jerman itu mara ke pusingan 16 terakhir di tempat pertama. – AFP

    Kane (kiri) berebut untuk mendapatkan bola semasa perlawanan Liga Juara-Juara UEFA di Munich, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...