Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    ‘Bayern tidak menepati jangkaan’

    BERLIN, 24 JAN – Jurulatih Bayern Munich, Thomas Tuchel, kelmarin mengakui bahawa pasukannya ‘tidak menepati jangkaan’ selepas tewas 1-0 di tempat sendiri kepada Werder Bremen pada hujung minggu lalu.

    Kekalahan pada Ahad lalu menyebabkan Bayern berada tujuh mata di belakang pendahulu Bundesliga, Bayer Leverkusen, walaupun mempunyai kelebihan satu perlawanan.

    “Kami sangat positif tetapi kami tidak mencapai jangkaan kami dalam perlawanan,” kata Tuchel menjelang perlawanan hari ini menentang Union Berlin.

    “Kami akan terus berusaha sehingga berjaya dan kami bersedia untuk menunjukkan keinginan untuk meggembirakan peminat kami. Kami tidak menepati jangkaan kami.”

    Bremen tidak pernah menewaskan Bayern sejak 2008 sebelum kemenangan pada Ahad lalu, menyaksikan pertembungan yang merangkumi 28 kekalahan dan empat seri.

    Tuchel telah mengkritik prestasi Bayern dalam kemenangan 3-0 ke atas Hoffenheim untuk memulakan tahun ini dan mengulangi kenyataan selepas kekalahan kepada Bremen, dengan berkata juara Bundesliga itu ‘bermain seperti perlawanan yang tidak penting.’

    Leverkusen tanpa kalah di bawah pengurus, Xabi Alonso, telah kehilangan hanya enam daripada 54 mata dalam kempen ini, memberi cabaran kepada Bayern yang telah memenangi 11 kejuaraan Bundesliga yang lalu. Bayern akan bermain di Leverkusen pada 10 Februari. – AFP

    Davies dan Weiser bersaing untuk mendapatkan di Munich pada 21 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...