Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mengungkap keberkesanan cuka epal

    NEW DELHI – Dihasilkan melalui penapaian epal, yis dan gula, cuka epal muncul sebagai rawatan semula jadi untuk meningkatkan kesihatan awda. Dengan rasanya yang berasid ia adalah satu keunikan yang membuatnya istimewa. Cuka epal itu bukan sahaja digunakan dalam masakan tetapi juga memberikan banyak manfaat kesihatan kepada individu dari pelbagai aspek kesihatan. Berikut adalah beberapa manfaat yang diperoleh melalui pengambilan cuka epal dalam rutin harian:

    DAPAT MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

    Untuk menurunkan berat badan, dicadangkan untuk mencampurkan satu atau dua sudu makan cuka epal ke dalam air dan diminum semasa perut kosong. Kajian menunjukkan bahawa cuka epal boleh menjadi komponen berharga dalam rutin mementingkan kesihatan yang bertujuan untuk mencapai kecergasan.

    Walaupun penyelidikan masih berterusan, penting untuk diperhatikan bahawa ia bukanlah ubat segera atau jalan pintas untuk menurunkan berat badan. Apabila digabungkan dengan aktiviti fizikal, tabiat sihat yang konsisten dan diet yang seimbang, boleh menyumbang kepada pencapaian yang lebih sihat.

    MENGAWAL PARAS GULA DAN KOLESTEROL

    Cuka epal menunjukkan potensi dalam menguruskan gula darah tinggi, faktor yang dikaitkan dengan diabetes dan penyakit kronik yang lain. Penyelidikan mencadangkan bahawa ia boleh meningkatkan sensitiviti insulin, membantu dalam penggunaan tenaga yang mungkin disimpan sebagai lemak berlebihan.

    Selain itu, cuka epal juga terkenal kerana berpotensi untuk mengawal paras kolesterol. Kolesterol tinggi boleh menyebabkan penyempitan arteri dari semasa ke semasa, menimbulkan risiko kepada kesihatan jantung.

    Cuka epal dalam bekas kaca. – ANN/ THE STATESMAN

    MERAWAT KULIT DAN RAMBUT

    Dalam bidang penjagaan kulit dan kosmetik, cuka epal sebagai bahan yang efektif atau berkesan dalam produk penjagaan kulit dan rambut.

    Sering kali terdapat dalam produk yang direka untuk merawat jerawat, sifat antibakteria cuka epal melawan strain yang menyumbang kepada keradangan dan pengeluaran sebum yang berlebihan, merawat bintik hitam dan parut dengan berkesan.

    Alpha-hydroxy dalam cuka epal, berfungsi sebagai pengelupasan lembut untuk kulit kepala, menghilangkan kotoran dan pembentukan sambil mengawal tahap pH.

    Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar dermatologi sebelum memakai sebarang produk baharu untuk rutin penjagaan kulit bagi menentukan keserasiannya dengan kulit awda.

    MENEKANKAN KESEDERHANAAN

    Walaupun banyak manfaat cuka telah ditemui tetapi masih diperlukan kajian lanjut untuk memahami sepenuhnya mengenai potensinya. Kesederhanaan adalah kunci apabila menggabungkannya dalam rutin harian awda. Pemahaman menyeluruh terhadap manfaat cuka memerlukan kajian yang berterusan. – ANN/The Statesman

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...