Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    BCL jelas isu buang nama Sinclair di IG

    Penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari (BCL) mengakui tindakan menukar nama bclsinclair di akaun Instagram (IG) miliknya adalah satu keputusan paling berat yang pernah dilakukan.

    Memetik laporan Hotdetik, Bunga, 41, memberitahu dia memang berniat untuk memadam nama keluarga arwah suaminya iaitu Ashraf Sinclair, namun mengambil masa yang agak lama disebabkan masih bersedih dengan pemergian insan tersayang itu.

    “Ya memang baru-baru ini saya sudah memadam nama itu (sinclair) dan menjadikan akaun itu dengan nama saya sahaja.

    “Saya perlu menghormati situasi kerana ingin memulakan kehidupan baharu tapi waktu itu saya masih berduka dan mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan (menukar nama) itu,” katanya ketika temu bual bersama Trans TV.

    Dalam pada itu, Bunga mendedahkan dia sudah mengadakan perbincangan dengan keluarga Ashraf sebelum mengambil keputusan untuk menukar nama itu di Instagram.

    Bagi Bunga, akaun tersebut mempunyai banyak kenangan dan menjadi saksi perjalanan hidupnya bersama Ashraf.

    “Saya juga sudah berbincang dengan keluarga saya dan keluarga Asharaf sebelum mengambil keputusan itu, ya jadi keputusan itu adalah keputusan bersama.

    “Sukar bagi saya untuk melepaskan sesuatu kerana sudah menganggap Instagram sebagai memori kisah saya bersamanya (Ashraf),” ujarnya. – Agensi

    Gambar fail Bunga bersama Allahyarham Ashraf Sinclair. BCL mengambil masa sebelum membuat keputusan menukar nama di IG. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...