Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    BCL sah bergelar isteri Tiko Aryawardhana

    Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) selamat disatukan dengan lelaki pilihannya Tiko Aryawardhana di Resort Amankila, Bali, Indonesia pada petang kelmarin.

    Memetik dari mStar, pada majlis berkenaan, BCL cantik mengenakan busana adat Jawa berwarna putih yang dipadankan dengan suaminya.

    Majlis tersebut dihadiri keluarga selain rakan dan saudara terdekat malah keluarga Ashraf Sinclair turut meraikan pasangan pengantin.

    Bukan itu sahaja, adik perempuan Allahyarham Ashraf iaitu Aisyah turut berada di sisi BCL pada hari bahagia tersebut.

    Untuk rekod, Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan.

    Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung.

    Sementara Tiko pula merupakan bapa kepada tiga orang anak dan telah bercerai pada 2021. – Agensi

    Bunga Citra Lestari dan Tiko Aryawardhana melangsungkan pernikahan di Bali. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...