Monday, April 28, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beberapa adab masuk ke tandas

    Menjaga adab dan akhlak bagi semua aspek dalam kehidupan seharian amat penting bagi seorang individu. Hal ini kerana adab akan dapat mencerminkan keperibadian seseorang.

    Rasulullah merupakan contoh teladan yang terbaik dan wajar diikuti. Setiap perbuatan dan perlakuan Rasulullah merupakan sunnah yang wajar diikuti oleh umat Islam kerana ia merupakan pegangan dan panduan yang telah ditinggalkan oleh Baginda. Seperti adab masuk ke tandas juga diajarkan oleh Baginda.

    Seperti mana yang kita ketahui, tandas disifatkan tempat yang kotor atau tempat untuk membuang najis. Justeru, sebagai seorang Muslim kita seharusnya menghindarkan diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Dalam masa yang sama kita sepatutnya mengikut garis panduan atau adab yang telah diajarkan di dalam Islam semasa hendak memasuki tandas, ketika dan selepas keluar. Di antara adab yang boleh diamalkan:

    Semasa hendak memasuki tanda adalah dilarang untuk membawa naskhah Al-Quran atau kertas atau dokumen yang mengandungi ayat Al-Quran dan malah kertas yang mengandungi kalimah Allah ke dalam tandas.

    Sebelum memasuki tandas sebaiknya membaca doa sebelum memasuki tanda dan setelah itu mendahulukan dengan kaki kiri ketika masuk. Di sunatkan juga untuk menutup kepala semasa memasuki tandas dan memakai selipar atau alas kaki bagi mengelakkan anggota badan terutama kaki terkena kepada kotoran dan terdedah kepada jangkitan. Malah dengan memakai selipar ini juga dapat mengelakkan kita daripada tergelincir jika lantai tandas itu dalam keadaan licin.

    Kita juga disarankan untuk tidak melakukan pembaziran air ketika menyucikan hadas dan disarankan beristinjak dengan tangan kiri. Tandas juga diberi perumpamaan sebagai rumah syaitan dan iblis. Justeru, kita seharusnya menghindarkan diri melakukan perbuatan sia-sia seperti bersembang, bernyanyi dan sebagainya.

    Sebelum kita keluar daripada tandas, kita disarankan untuk membersihkan tandas selepas digunakan dan setelah selesai, melangkahlah keluar dengan mendahului kaki kanan dan membaca doa keluar tandas.

    Semasa memasuki tandas sebaik-nya memakai selipar atau alas kaki bagi mengelakkan anggota badan terutama kaki terkena kepada kotoran dan mengelakkan diri daripada tergelincir. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda