Wednesday, April 30, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekalan elektrik pulih 99 peratus di seluruh Sepanyol

    MADRID, 29 APRIL – Bekalan elektrik di seluruh Sepanyol hampir pulih selepas gangguan besar, dengan kira-kira 99.16 peratus bekalan disambung semula setakat 6 pagi (0400 GMT) waktu tempatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik pengendali grid Red Electrica kelmarin.

    Di negara jiran, Portugal, bekalan elektrik turut berjaya dipulihkan di kebanyakan kediaman, lapor penyiar RTP pada awal kelmarin.

    Menurut RTP, bekalan elektrik kepada sekitar 95 peratus daripada 6.5 juta pelanggan di Portugal berjaya dipulihkan, memetik pengendali grid E-Redes.

    Jutaan penduduk di Sepanyol dan Portugal terputus bekalan elektrik kelmarin, menyebabkan rangkaian komunikasi terganggu, lampu isyarat tidak berfungsi dan lif terhenti.

    Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez dalam satu ucapan di televisyen kelmarin berjanji bahawa bekalan elektrik akan kembali seperti sedia kala menjelang Selasa.

    Beliau tidak menyatakan punca gangguan, tetapi memaklumkan bahawa semua kemungkinan sedang dipertimbangkan.- Bernama

    Seorang jurugambar menangkap foto sebuah jambatan di Sungai Tagus susulan bekalan elektrik terputus di seluruh semenanjung Iberian dan selatan Perancis, di Lisbon pada 28 April 2025.- AFP

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda