Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Bekas banduan didakwa lakukan amang seksual terhadap adik kandung

    KOTA BHARU, 15 APRIL – Baru beberapa hari dibebaskan dari penjara, seorang bekas banduan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap adik kandungnya.

    Lelaki itu yang berusia 34 tahun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

    Mengikut pertuduhan pertama tertuduh didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal iaitu menyebabkan adik perempuannya berusia 17 tahun memerhati dan mendengar visual aktiviti yang bersifat seksual di sebuah rumah di Kota Bharu pada 10 malam 6 April lepas.

    Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (e) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan amang seksual ke atas mangsa sama di lokasi serupa kira-kira 11 pagi pada 8 April lepas.

    Lelaki berkenaan dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa humuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pendakwa Raya Siti Edabayu Subhan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh memandangkan kes itu melibatkan hubungan abang dan adik kandung.

    “Tertuduh baru sahaja dibebaskan seminggu sebelum Syawal dari penjara atas kesalahan dadah,” katanya.

    Lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu supaya mahkamah membenarkan jaminan terhadapnya.

    Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 6 Mei untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen. – Bernama

    Seorang bekas banduan didakwa di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu, hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap adik kandungnya pada 6 dan 8 April lepas. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...