Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bekas jemaah umrah erat silaturahim

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Bagi memupuk ikatan silaturahim sesama mereka, jemaah umrah Mustaqim Travel & Tours telah mengadakan majlis perjumpaan di Dewan Al-Barakah Ballroom Mid Valley, Kampung Salambigar, baru-baru ini.

    Acara diisikan dengan solat Sunat Hajat berjemaah khusus bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan penduduk di Palestin selain dimeriahkan dengan persembahan Dikir Mawlid daripada Ed Dabaie El Jawahir.

    Majlis juga menayangkan video kenangan bersama para jemaah daripada jemaah-jemaah dan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama berupa pakej umrah percuma yang dimenangi oleh Haji Alli Omar bin Haji Muhammad Said dan Awang Ibrahim bin Keria.

    Selain itu, majlis turut meraikan pemenang bagi pakaian terbaik serta penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada pegawai pengiring umrah.

    Antara jemaah umrah Mustaqim Travel & Tours yang hadir pada majlis perjumpaan di Dewan Al-Barakah Ballroom Mid Valley, baru-baru ini. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...