Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pemilik Suzuki tonton wayang bersama

    Oleh Ak Zaki Kasharan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Warga Suzuki Brunei dan ahli-ahli Swift Sport Club Brunei malam ini telah berkumpul bagi acara Horror Movie Night yang berlangsung di One Cineplex, One City Shopping Mall, hari ini.

    Menurut Suzuki Brunei, memupuk hubungan yang kukuh dengan ahli kelab mereka yang sentiasa menjadi keutamaan dan acara berkenaan memberi peluang unik kepada mereka untuk berhubung dengan kelab tersebut dalam suasana santai dan menghiburkan.

    Majlis istimewa itu membolehkan para ahlinya menyatukan minat bersama, terlibat dalam perbinca-ngan tentang minat mereka terhadap kenderaan Suzuki, dan paling pen-ting, untuk membentuk hubungan yang berkekalan dalam komuniti automotif.

    Acara tersebut menjadi permulaan yang menarik kepada acara rasmi yang akan datang dengan kerjasama kelab tersebut yang merupakan platform sempurna untuk mendedahkan butiran tentang acara akan datang.

    Pengurus Pemasaran Suzuki Brunei, Adehelmie Jaafar berkata, “Acara ini membolehkan kami berkongsi rancangan kami, terlibat dalam perbincangan yang bermakna, dan menyemarakkan semangat dalam komuniti Suzuki dan Kelab Swift Sport Brunei.”

    Acara direka untuk merapatkan hubungan, memudahkan pengenalan, dan memperkenalkan semula semua orang kepada dunia Suzuki dan Kelab Swift Sport Brunei bagi mewujudkan rasa perpaduan dan keterujaan di kalangan peserta.

    Warga Suzuki Brunei dan ahli-ahli Kelab Swift Sport Brunei yang hadir pada acara berkenaan bergambar ramai. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...