Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bekas jururawat didakwa curi butiran perbankan pesakit

    SINGAPURA, 21 JAN – Seorang bekas jururawat lelaki yang didakwa mencuri butiran perbankan daripada pesakit dalam jagaannya, akan didakwa di mahkamah atas tuduhan menipu, mencuri dan akses tanpa kebenaran kepada bahan komputer, antara lainnya.

    Tertuduh berusia 23 tahun adalah seorang jururawat Woodlands Health yang dihantar ke Hospital Besar Ng Teng Fong ketika kesalahan tersebut dibuat, kata polis dalam satu kenyataan hari ini.

    Jururawat itu ditahan selepas seorang bekas pesakit di Hospital Besar Ng Teng Fong menemui pelbagai transaksi tanpa kebenaran yang dibuat menggunakan butiran kad banknya dan membuat laporan polis.

    Semasa dirawat di hospital, mangsa tersedar apabila ternampak seorang lelaki tidak dikenali sedang menyelongkar barang-barangnya tetapi tidak dapat memeriksa barang-barangnya kerana dia dalam keadaan mengantuk ketika itu.

    Pegawai dari Bahagian Polis Jurong menyiasat perkara itu selepas laporan polis dibuat, mengenal pasti jururawat itu dan menahannya.

    Siasatan lanjut mendedahkan jururawat itu didakwa juga terlibat dalam lebih banyak kes seumpama itu yang melibatkan pesakit lain di hospital itu, dengan mangsanya kerugian lebih AS$12,000, kata polis.

    Lelaki itu telah menyalahgunakan kepercayaan yang diharapkan daripada seorang kakitangan sebuah institusi kesihatan, mengakses butiran perbankan pesakitnya, walaupun melalui telefon mereka dan dengan itu ‘melakukan pelbagai kesalahan’, tambahnya.

    Dia menghadapi beberapa tuduhan menipu dan akses tanpa kebenaran dengan niat untuk melakukan atau memudahkan pencurian, selain tuduhan pengubahsuaian tanpa kebenaran pada komputer dan mengakses tanpa kebenaran kepada bahan komputer. – ANN/The Straits Times

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...