Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    ‘Moon Sniper’ alami masalah bateri solar

    TOKYO, 21 JAN – Jepun, kelmarin menjadi negara kelima yang berjaya mendarat di bulan, tetapi berkata kapal angkasa ‘Moon Sniper’nya kehabisan kuasa disebabkan masalah bateri solar.

    Selepas penurunan selama 20 minit, agensi angkasa lepas, JAXA mengumumkan bahawa Pesawat Pendarat Pintar untuk Menyiasat Bulan (SLIM) telah mendarat dan komunikasi telah disambungkan.

    Tetapi tanpa sel suria berfungsi, pegawai JAXA, Hitoshi Kuninaka berkata bahawa kapal angkasa yang dinamakan sebagai ‘Moon Sniper‘ untuk teknologi ketepatannya hanya akan mempunyai kuasa selama beberapa jam.

    SLIM merupakan salah satu daripada beberapa misi bulan baharu yang dilancarkan oleh kerajaan dan firma swasta, 50 tahun selepas pendaratan manusia pertama di Bulan.

    Pendaratan yang tidak berjaya dan kegagalan komunikasi sering berlaku, dan hanya empat negara lain yang berjaya mendarat di Bulan iaitu Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, China dan yang terbaharu, India.

    Salah seorang Wartawan merakam siaran langsung operasi pendaratan bulan yang tepat oleh kapal angkasa Smart Lander for Investigating Moon (SLIM) di Kampus Sagamihara JAXA pada 20 Januari. – AP

    Ketika pusat kawalan misi memberikan keutamaan kepada pengumpulan data sebaik mungkin, Kuninaka mencadangkan bahawa bateri mungkin akan berfungsi semula apabila sudut matahari berubah.

    “Mungkin ia tidak menghadap ke arah yang dirancang pada asalnya,” katanya semasa sidang media awal pagi.

    “Jika pendaratan tidak berjaya, ia akan terhempas dengan kelajuan yang sangat tinggi. Jika itu berlaku, semua fungsi siasatan akan hilang,” katanya.

    “Tetapi data sedang dihantar ke Bumi.”

    Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menyebut pendaratan itu sebagai “berita yang sangat menggembirakan” tetapi mengakui bahawa perlu lebih banyak “analisis terperinci” mengenai sel solar yang diperlukan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...