Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bekas pengerusi parlimen Korea Utara meninggal dunia

    SEOUL, 21 JAN – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un melawat jenazah Choe Thae Bok, bekas pengerusi parlimen negara itu, lapor media kerajaan hari ini.

    Choe meninggal dunia akibat serangan jantung semalam, menurut akhbar rasmi Rodong Sinmun. Beliau meninggal dunia pada usia 93 tahun.

    Kim melawat jenazah Choe bersama pegawai pemerintah Parti Pekerja pada subuh tadi (waktu tempatan) ‘untuk menyampaikan takziah atas kematiannya’, kata laporan itu.

    “Kim Jong Un memberikan penghormatan kepada Choe Thae Bok yang mencatat pencapaian cemerlang dalam perjuangan murni untuk pembangunan Parti Pekerja Korea (WPK) dan kerajaan Demokratik Rakyat Korea (DPRK),” tambahnya, menggunakan akronim nama rasmi Korea Utara.

    Laporan itu menyifatkan Choe sebagai ‘seorang pejuang revolusioner yang setia kepada Presiden Kim Il Sung dan Pengerusi Kim Jong Il’, datuk dan bapa kepada pemimpin Korea Utara sekarang.

    Choe, yang dipilih sebagai Pengerusi Perhimpunan Rakyat Tertinggi (SPA) pada 1998 dan memegang jawatan itu sehingga bersara pada 2019, dipercayai pengerusi paling lama berkhidmat di parlimen Korea Utara.

    Fasih berbahasa Jerman, Rusia dan Inggeris, Choe kerap berkunjung ke luar Korea Utara, menurut badan pemantau NK, sebuah laman web dalam talian yang menyelidik dan menganalisis tokoh Korea Utara. – AFP

    Kim (kanan) ketika melawat jenazah Choe, bekas Setiausaha Jawatankuasa Pusat WPK, di lokasi yang tidak didedahkan di Korea Utara. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...