Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas penuntut SMMMHT 1976/1981 jalin silaturahim

    TUTONG, 26 NOV – Bekas penuntut Sekolah Menengah Melayu Muda Hashim Tutong (SMMMHT) bagi tahun 1976/1981 telah berkumpul dalam sebuah majlis pertemuan sebagai usaha untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturahim, baru-baru ini.

    Diadakan di kediaman Awang Aziz bin Haji Mohd di Kampung Sinaut, Tutong, majlis telah dihadiri oleh seramai 20 orang bekas penuntut yang sesetengahnya baru bersua selepas 40 tahun.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat dan diikuti dengan menjamu selera sambil mengenang kisah lama sesama ahli majlis.

    Bekas penuntut-penuntut SMMMHT yang menghadiri majlis pertemuan. – GAMBAR OLEH OSLI BIN OTHMAN

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda