Monday, October 28, 2024
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas presiden Bolivia terselamat daripada dibunuh

    ISTANBUL, 28 OKT – Bekas Presiden Bolivia, Evo Morales mendakwa kelmarin bahawa beliau terselamat daripada cubaan membunuh ketika penyerang bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.

    Menurut Agensi Anadolu, Morales memuat naik sebuah video di media sosial yang kelihatan menunjukkan kesan tembakan pada keretanya serta seorang pemandu yang cedera.

    Beliau mendakwa empat individu bertopeng berpakaian serba hitam dan bersenjata keluar daripada dua kenderaan dan mula melepaskan tembakan awal pagi tadi.

    Morales turut mendakwa insiden itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan untuk mengendalikan program tetap hari minggunya.

    Serangan yang didakwa itu berlaku di tengah-tengah ketegangan politik yang semakin memuncak di Bolivia, dengan Morales yang memimpin negara itu dari 2006 hingga 2019, sedang menggerakkan penyokongnya selepas dihalang daripada bertanding semula dalam pilihan raya akan datang berikutan keputusan mahkamah perlembagaan.

    Pihak berkuasa Bolivia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian itu. – Bernama

    Evo Morales bercakap kepada penyokong selepas berarak ke La Paz, Bolivia pada 23 September. Beliau mendakwa dirinya terselamat daripada dibunuh. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda