Thursday, January 23, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belia perlu lebih proaktif

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Wawasan dan kemajuan negara hanya boleh dicapai melalui penduduk sesebuah negara itu dengan para belia dan golongan muda harus proaktif dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

    Para belia dan minda mereka merupakan pelaburan terbesar bagi negara di mana negara akan mendapat manfaat yang sangat bermakna daripada belia yang berpandangan jauh dan berdaya tahan untuk melihat peluang-peluang yang akan datang.

    Harapan itu disuarakan oleh Pengerusi Konvensyen Pemimpin Muda Brunei 2035, Awang Iswandy bin Ahmad semasa Majlis Penutup Konvensyen Pemimpin Muda Brunei (BYLC) 2023 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Universiti Teknologi Brunei (UTB), hari ini.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Kebeliaan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

    Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Chong Chin Yee; Pengarah Bahagian Pembangunan Belia dan Sukan, Dayang Zainab binti Haji Morshidi, pegawai-pegawai dan jemputan dari pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan-badan yang berkenaan.

    Dr Siti Norkhalbi beramah mesra bersama peserta-peserta BYLC pada majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna, UTB, kelmarin.
    Awang Iswandy menyampaikan ucapan pada majlis penutup berkenaan.

    Dalam ucapannya lagi, Awang Iswandy juga menekankan pentingnya peranan agama dan Melayu Islam Beraja (MIB) sebagai tonggak yang harus ditegakkan dalam perkembangan teknologi, kemajuan dan perubahan arus masa.

    Pada majlis berkenaan, Dr Siti Norkhalbi berpeluang untuk berinteraksi dengan belia-belia dan pemimpin belia yang menghadiri konvensyen berkenaan.

    Terdahulu sebelum majlis penutup berkenaan, pada hari ketiga konvensyen, telah menyaksikan sesi forum matlamat ketiga Wawasan Brunei 2035 iaitu Ekonomi yang Dinamik dan Berdaya Tahan di mana forum dikendalikan oleh pengamal media, Dayang Siti Hajar binti Mahathir dengan mengetengahkan ahli panel terdiri daripada Pengasas Brunei Post, Awang Muhd Dhabit Firdaus bin Abdullah; Pengarah ASEAN dan Hal Ehwal Korporat, UK-ABC, Allen Lai; serta Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat LVK, Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii.

    Pada hari terakhir konvensyen berkenaan, para peserta juga berpeluang menyertai sesi bimbangan mentor di mana mereka bertemu dengan pelbagai mentor dari latar belakang yang berbeza.

    Konvensyen yang menumpukan kepada belia itu telah dihadiri oleh seramai 140 orang calon belia dan pemimpin belia di mana mereka berpeluang mendapatkan maklumat terperinci mengenai Wawasan Brunei 2035, menghadiri forum, klinik mentor, mewujudkan rangkai-an serta berinteraksi dengan mentor dan ahli panel serta juga mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang unik.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda