Oleh Nurdiyanah R. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Dengan matlamat untuk memberi pendedahan mengenai pelaksanaan fardu kifayah khususnya dalam pengurusan jenazah, serta mempersiapkan individu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus jenazah apabila diperlukan, Syarikat Pengurusan Kifayah Ar-Razaq telah menganjurkan bengkel pengurusan jenazah bertempat di D’Venue.Co, Jalan Batu Bersurat, baru-baru ini.
Bengkel tersebut disertai oleh seramai 20 peserta yang telah dikendalikan oleh Awang Asmady bin Haji Ahmad, bersama beberapa penggapai daripada Syarikat Pengurusan Kifayah Ar-Razaq.Bengkel berkenaan bukan sahaja bertujuan untuk memperkasa pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan jenazah, tetapi juga untuk mendidik peserta agar sentiasa mengingati kematian sebagai sebahagian daripada kehidupan.
Dengan adanya bengkel sedemikian, ia diharap akan memberi inspirasi kepada peserta untuk terus berkongsi ilmu yang telah dipelajari dan menyumbang kepada masyarakat dengan lebih berkesan, seterusnya menjadikan pengurusan jenazah di negara ini lebih teratur dan berlandaskan syariat Islam.