Berang rumahnya dikritik seorang pereka dalaman, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
Membidas kenyataan tersebut, Aliff atau nama sebenarnya Alif Syukri Kamarzaman, 37, memberitahu rumah mewahnya itu dihasilkan oleh pereka dalaman terkemuka Malaysia.
“Tunggu surat saman daripada saya ya. Saya malas nak upkan awak sebab awak ini terpaling pereka dalaman.
“Awak tahu pereka dalaman rumah saya ini antara yang terbaik di Malaysia dan dapat anugerah.
“Rumah saya pun disenaraikan pendek sebagai rumah tercantik mewakili Malaysia. Jadi awak tak payah nak kondem rumah saya tak cantik. Saya tak perlukan khidmat nasihat awak,” katanya.
Menurut mStar, Aliff berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Selasa.
Dalam pada itu, Aliff juga memberitahu setiap orang mempunyai cita rasa dalam menghias dan mendekorasi rumah masing-masing.
Malah, dia juga mendakwa individu berkenaan tidak mendaftar Malaysian Institute of Interior Designers (MIID) selepas melakukan pencarian di Internet.
“Setiap orang ada selera masing-masing tak payah nak sebut nama sesiapa.
“Duit saya, konsep saya, rumah saya ikut suka hati saya. Sesuka hati kata rumah aku macam kedai tomyam nak tengok rumah awak pula yang mega itu,” luahnya. – Agensi