Sunday, September 22, 2024
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berangkat tiba di New York hadiri acara PBB

    NEW YORK, 22 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi kelmarin berangkat tiba di New York City, Amerika Syarikat (AS) bagi menghadiri Summit of the Future dan Perdebatan Umum Sesi ke-79 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang akan berlangsung hari ini di Ibu Pejabat PBB.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jon F. Kennedy. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke AS, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Serbini bin Haji Ali; dan Pemangku Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke PBB di New York, Dayang Izzat Hayati binti Haji Zakaria.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda