Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Berdaya tahan, komited tunjang kejayaan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Negara Brunei Darussalam merupakan antara empat negara yang menyertai Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) pada 2022 dan telah yang menunjukkan peningkatan signifikan dalam semua tiga bidang iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

    Analisa data PISA juga telah menunjukkan pelajar di Negara Brunei Darussalam mempunyai peratus berdaya tahan yang tinggi daripada purata Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

    Perkara berkenaan telah dikongsikan oleh Pemangku Pengarah Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, Dr Eddy Fazlin bin Haji Amdan selaku pengerusi bersama pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun 2023 bagi pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan GCE peringkat ‘A’, ‘O’ dan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

    Beliau seterusnya mengongsikan, dapatan sebanyak 80 peratus pelajar bersetuju bahawa guru-guru mereka sentiasa bersedia membantu apabila mereka memerlukan.

    Pencapaian itu juga mencerminkan betapa komited guru-guru di negara ini dalam membantu pelajar-pelajar mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran mereka.

    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah semasa menyampaikan anugerah kepada para pelajar yang diraikan.
    – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    “Daripada hasil dapatan analisa ini, kita dapat menyimpulkan bahawa sistem pendidikan di negara ini adalah adil dan saksama terhadap semua kanak-kanak tidak mengira latar belakang masing-masing,” jelasnya.

    Katanya lagi, usaha dan dedikasi berterusan para ibu bapa juga telah terbukti melalui dapatan pencapaian pelajar-pelajar dalam PISA 2022, di mana melalui kajian tersebut telah didapati lebih ramai lagi ibu bapa terlibat dalam perbincangan dengan guru jika dibandingkan dengan dapatan dalam tahun 2018.

    “Pelajar yang diraikan hari ini adalah hasil daripada sistem pendidikan yang diiktiraf sebagai antara yang terbaik di ASEAN,” tambahnya.

    Beliau turut mengingatkan, untuk memastikan anak-anak benar-benar bersedia menghadapi masa depan, adalah perlu terus memberi penekanan kepada pembangunan holistik yang merangkumi aspek fizikal, emosi, sosial dan intelektual.

    Ke arah itu, Kementerian Pendidikan akan terus komited untuk memberi pendidikan berkualiti dan holistik kepada pelajar-pelajar agar mereka mempunyai kehidupan bermatlamat serta menjadi bangsa yang berilmu, berkemahiran tinggi dan progresif.

    Jabatan Sekolah-sekolah dengan kerjasama jabatan-jabatan lain, jelasnya, sentiasa berusaha mengukuhkan, menambah baik serta memantapkan inisiatif-inisiatif meningkatkan pencapaian akademik pelajar, pembentukan nilai-nilai murni dan pembangunan sahsiah pelajar selaras dengan tiga matlamat strategik Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2023-2027.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...