Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Suruhanjaya Tinggi Pakistan terima kunjungan pelajar YAC SMR 2

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Pelajar dari Kelab Kembara Muda (YAC) Sekolah Menengah Rimba (SMR) 2 telah mengadakan lawatan ke Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Negara Brunei Darussalam, kelmarin, sebagai sebahagian daripada aktiviti kokurikulum mereka bersama guru-guru.

    Kunjungan rombongan pelajar sekolah berkenaan telah dialu-alukan oleh Pesuruhjaya Tinggi Pakistan, Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani dan warga suruhanjaya tinggi berkenaan.

    Dalam lawatan tersebut, pelajar telah diberikan taklimat tentang Pakistan dan budayanya termasuk fungsi suruhanjaya tinggi berkenaan.

    Selain itu, rombongan tersebut juga berpeluang berinteraksi secara maya yang dihubungkan dengan pelajar Sekolah Bari di Pakistan untuk berkongsi pengalaman pembelajaran mereka antara satu sama lain.

    Di akhir lawatan itu, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan mengucapkan penghargaan kepada sekolah berkenaan kerana telah berkesudian mengadakan lawatan ke suruhanjaya tersebut dan menyatakan hasrat untuk menjadi tuan rumah kepada lebih ramai pelajar Brunei pada masa hadapan yang pastinya akan membina ikatan persaudaraan.

    Semasa lawatan itu, pelajar turut dijamu dengan hidangan makanan Pakistan yang disediakan oleh restoran Pakistan, Seri Damai, di samping menerima buah tangan disampaikan oleh pemilik Rumah Sutera Firoz Jaya, Firoz Khan, yang terkenal di negara ini.

    Rombongan pelajar YAC SMR 2 dan guru- guru bergambar bersama TYT Pesuruhjaya Tinggi Pakistan semasa mengadakan lawatan ke suruhanjaya tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...