Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Berhati-hati dengan ‘tarik gaji’

    Dalam dunia moden yang semakin mencabar  ini, ia telah memberikan pelbagai kesan kepada masyarakat termasuk dari segi ekonomi.
     
    Bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi, sesetengah masyarakat akan menyertai kaedah menyimpan wang tanpa melalui perkhidmatan bank seperti menyertai skim ‘tarik gaji’. Skim ini juga disebut sebagai skim main kutu dan ia memerlukan beberapa orang ahli yang perlu membayar jumlah tertentu bagi tempoh yang telah dipersetujui bersama.
     
    Bagi pendapat saya secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan cara simpanan seperti ini kerana terdapat risiko tinggi yang ditanggung seperti tiada perjanjian rasmi, berkemungkinan ahli yang menyertai skim tersebut tidak jujur dalam pembayaran dan sebagainya.
     
    Di sini persoalannya, apakah punca seseorang itu sanggup menyertai skim simpanan yang berisiko tinggi? Adakah disebabkan oleh kurangnya pendidikan tentang kewangan? Atau adakah disebabkan sikap sesorang itu sendiri yang boros dalam perbelanjaan?
     
    Seterusnya, saya berpendapat perlunya pendidikan kewangan sejak dari awal seperti di sekolah-sekolah, atau mengajarkan pentingnya budaya menabung dan juga pelaburan yang mampu menjana kestabilan kewangan untuk masa kini dan akan datang.
     
    Selain itu, sekiranya seseorang itu ingin menyertai skim ‘tarik gaji’ inu, saya nasihatkan untuk terlebih dahulu mengenali dengan siapa sahaja yang terlibat dalam skim ini. Ini kerana untuk mengelak diri sendiri menjadi mangsa penipuan.
     
    Penyebaran tentang kegiatan tersebut yang sering kali diuar-uarkan sama ada melalui individu, rakan sebaya atau media sosial juga perlu dititikberatkan agar kita akan sentiasa berwaspada serta peka terhadap keadaan dan situasi semasa. Ini penting agar kita tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan ajakan yang menjanjikan kesenangan dan keuntungan tanpa mengenal pasti kesahihan maklumat dan keperibadian pihak yang menawarkan kegiatan itu.
     
    Oleh itu, penting bagi semua pihak untuk bekerjasama dalam usaha untuk mencegah dan memerangi kegiatan ‘tarik gaji’ yang mencurigakan.
     
    G Matusin
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...