Sunday, May 19, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Suspek serang polis dibicara Julai

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Seorang lelaki warga Indonesia yang menafikan melakukan serangan terhadap seorang anggota polis bertugas akan dibicarakan pada Julai akan datang.

    Puji Kurniawan, 26, didakwa mencederakan seorang anggota polis dengan menggigit lengan kirinya pada 1 April lalu di Balai Polis Berakas.

    Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Pendakwa Raya Nurul Husna binti Abidin.

    Majistret Syaffina binti Shahif menetapkan perbicaraan akan berlangsung dari 16 hingga 18 Julai serta 20 dan 22 Julai.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...