Sunday, May 19, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Progresif serikan penghujung Syawal

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Progresif Sdn Bhd juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan hari-hari terakhir Syawal ini untuk mengadakan Majlis Hari Raya Pejabat Terbuka Progresif 2024 yang berlangsung di Garden Veranda, Rimba.

    Hadir untuk mengalu-alukan para tetamu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar bersama-sama pihak pengurusan serta kakitangan Progresif.

    Turut menghadiri majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Majlis itu menyaksikan kehadiran kira-kira 700 orang klien, rakan kongsi dan pihak yang berkepentingan mengeratkan lagi hubungan persahabatan dan menjalinkan hubungan rangkaian kerjasama dengan rakan-rakan kongsi yang baharu.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi dan Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary semasa menghadiri majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bergambar ramai semasa menghadiri majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Jemputan disajikan pelbagai hidangan menyelerakan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...