Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Beri kesedaran fardu kifayah

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Seramai 42 pelajar Program Cintai Al-Quran telah menghadiri Bengkel Pengurusan Jenazah: Khidmat Terakhir Kami yang dianjurkan oleh Ar-Razaq dengan kerjasama Al-Huffaz Management dan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor Kawasan 1 dan 3, hari ini.

    Para peserta program terdiri daripada anak-anak yatim, keluarga kurang berkemampuan di RPN Kampung Panchor dan pelajar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Kampung Mentiri.

    Semasa bengkel itu, pelajar diberikan peluang untuk melihat lebih dekat pengurusan jenazah secara praktikal yang disampaikan oleh Pengapai Masjid Kampung Pulaie, Awang Asmady bin Ahmad.

    Bengkel juga dapat memberi kesedaran pentingnya ilmu fardu kifayah dan memupuk keberanian dalam kalangan diri pelajar.

    Bengkel diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan dan sumbangan daripada kutipan tabung Baiti Baitul Quran disampaikan oleh Pemangku Ketua Kampung RPN Kampung Panchor Kawasan 1 dan 3, Awang Mohammad Hilmy bin Haji Ahmad.

    Awang Asmady semasa menyampaikan penerangan pada bengkel pengurusan jenazah di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, kelmarin. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...