Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perkhidmatan JPD Kuala Belait dipindah sementara

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) memaklumkan bahawa satu insiden kebakaran telah berlaku pada sebahagian bangunan Cawangan JPD Kuala Belait petang tadi, yang telah menjejaskan beberapa perkhidmatan di cawangan berkenaan.

    Sehubungan itu, semua perkhidmatan di cawangan tersebut akan berpindah dan beroperasi di Cawangan JPD Mumong, Daerah Belait bermula esok.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JPD, di sini, Ujian Praktikal Memandu dan Ujian Undang-undang Kod Jalan Raya yang telah dijadualkan pada 21 Oktober dan hari-hari berikutnya adalah ditangguhkan buat sementara bagi urusan pengemaskinian dan akan diselaraskan semula pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

    Seterusnya, bagi mana-mana urusan pengambilan dokumen seperti permohonan serah dan gantung dan sebagainya, yang telah dijadualkan pengambilan pada 21 hingga 28
    Oktober juga ditangguhkan buat sementara bagi urusan pengemaskinian serta akan dijadualkan semula pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

    JPD memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui WhatsApp di talian 7181641 atau melalui e-mel, info_itd@jpd.gov.bn.

    Mereka juga boleh melayari laman sesawang, www.jpd.gov.bn dan Instagram, @jpd.bn bagi maklumat lanjut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...