Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Berkenan adakan lawatan tidak berjadual ke UNN

    Oleh Salawati Haji Yahya & Sim.Y.H
    Gambar oleh Bahyiah Bakir & Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat mengadakan lawatan tidak berjadual ke Unified National Networks (UNN) Sumbiling Telephone House di Jalan Istana Darussalam, Kampung Sumbiling, hari ini.

    Keberangkatan Baginda dijunjung oleh Ketua Pegawai Eksekutif UNN, Dr Steffen Oehler dan Naib Presiden (Delivery, Field, Rollout and Power), Dayangku Hajah Martini binti Pengiran Haji Abdul Rahman.

    Semasa keberangkatan itu, Baginda berkenan melihat dan meninjau ke beberapa bahagian di bangunan berkenaan.

    Baginda mula-mula berangkat melihat lebih dekat dewan persidangan dan operasi di Tingkat 7 yang mengan-dungi Pejabat Pengurusan Pengetahuan, Proses Perniagaan Korporat dan Pengurusan Projek.

    Sementara itu Network Factor di Tingkat 5 dan 6 mengandungi Service Delivery, Field, Rollout, and Power, Operasi-operasi Rangkaian (Fixed & Mobile), Strategi dan Perancangan Rangkaian, dan Transformasi.

    Baginda kemudiannya berkenaan berangkat ke Pusat Rangkaian Operasi (NOC) yang terletak di Tingkat 4, seterusnya ke Bilik Utama Peralatan di Tingkat 1 dan Data Centre & TelCo Cloud di Tingkat 3 yang kedua-duanya terletak di Sumbiling Echo.

    Di akhir lawatan, Baginda berkenan mengurniakan titah yang antara lain menekankan mengenai kebajikan dan kesejahteraan pegawai dan kakita-ngan termasuk isu pengurusan dan pentadbiran UNN.

    Turut hadir semasa lawatan tidak berjadual Baginda ke UNN ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhor-mat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, dan Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    ATAS & BAWAH: KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah semasa berkenan melawat ke pelbagai bahagian di bangunan UNN Sumbiling Telephone House.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan melawat salah satu bahagian di bangunan UNN Sumbiling Telephone House.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan bergambar ramai
    bersama pegawai dan kakitangan UNN semasa lawatan tidak berjadual tersebut.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan beramah mesra dengan warga UNN.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...