Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Berkenan berangkat ke majlis Sambutan Israk Mikraj

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Bahyiah Bakir

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kelmarin, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara bagi Tahun 1444 Hijrah di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.

    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta kerabat diraja dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1444 Hijrah; Menteri di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, dan Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, serta ahli-ahli jawatankuasa tertinggi sambutan yang lain.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran, ayat 73 hingga 78 Surah Al-Hajj oleh Awang Zulhafiz bin Awang Tengah, qari Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444 dan diikuti dengan kesimpulan makna yang disampaikan oleh Pembantu Pertanian Kanan, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Haji Muhammad Shukri bin Haji Makhbar.

    Sejurus selepas itu, sembah alu-aluan disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama yang antara lain menyatakan, sambutan berkenaan mengambil keutamaan sembahyang dan kelebihannya sebagai tema sambutan.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah semasa berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara di Dewan Plenari, ICC, Berakas.
    Baginda Sultan bersama paduka-paduka anakanda ketika berkenan beramah mesra bersama jemputan yang hadir.
    Antara jemputan yang hadir pada majlis sambutan berkenaan.
    Persembahan khas bertajuk ‘Sembahyang Meraih Reda Allah’ oleh belia dan beliawanis masjid.

    Beliau menegaskan bahawa hikmah ibadat sembahyang adalah jalan menuju kemena-ngan dengan berusaha mencapai kejayaan.

    Maka untuk itulah ibadat sembahyang mesti dilaksanakan dalam keadaan khusyuk
    dan sempurna menurut tatacara dan bacaan-bacaannya yang khusus iaitu bermula dari saat bertakbiratul ihram hingga berakhir dengan memberi salam.

    Kemudian, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan titah sebelum majlis diteruskan dengan persembahan Selawat Ibrahimiyah oleh gabungan pegawai dan kakitangan KSSUP, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Syarikat PDS Abattoir Sdn Bhd.

    Majlis diikuti dengan ceramah khas bertajuk ‘Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal, dan Berdoa Menghadapi Ujian: Sembahyang Meraih Reda Allah’, yang merupakan tema sambutan tahun ini, yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahhuddin.

    Antara pengisian ceramah adalah sembahyang merupakan jalan yang paling mudah dan cepat untuk kita meraih reda Allah, ini kerana, jika ibadah sembahyang ini dipelihara, diri kita akan terpelihara daripada perbuatan keji dan mungkar yang mana ia akan mem-
    buatkan kita menjadi hamba yang dekat dengan Allah serta mudah untuk mentaati segala perintahNya.

    Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan khas (sketsa) bertajuk ‘Sembahyang Meraih Reda Allah’ oleh belia dan beliawanis masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid.

    Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...